Sijil Lukisan Pelan Senibina


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 MENGENAI KURSUS INI:

Sijil Lukisan Pelan Senibina menerapkan pengetahuan dan pemahaman yang luas dalam penggunaan perkakas dan peralatan lukisan untuk menghasilkan lukisan arkitek. Selain melukis pelan dengan peralatan tradisional seperti pensil, skala dan pembaris, pelajar – pelajar juga didedahkan dengan penggunaan perisian komputer iaitu ArchiCAD untuk membuat lakaran lukisan 2D dan 3D. Sepanjang tempoh pembelajaran, pelajar – pelajar berpeluang untuk melawat tapak pembinaan dan mempelajari suasana industri sebenar mengikut kehendak industri semasa.

KURSUS DIRANGKA KHAS UNTUK PARA PELAJAR:
  • Seni Bina Bangunan
  • Reka Bentuk Landskap
  • Hiasan Dalaman
  • Perbuatan Model Bangunan
  • Teknologi Lukisan Pelan
  • Perisian Komputer Seni Bina
KELAYAKAN MASUK KURSUS INI:
  • Tidak perlu PT3 / SPM / UEC
  • Mesti berusia 16 tahun ke atas
INFORMASI LAIN: